Hubungi Kami

Selamat datang ke laman web rasmi

Nimoiz T.Y

Sebuah ruang untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pencapaian dan perkara-perkara yang memberi makna dalam kehidupan

Hubungi Nimoiz T.Y
Ketahui Buku-buku Nimoiz T.Y

Menghimpun Ilmu, Pengalaman dan Inspirasi

Laman web ini dibangunkan bukan sekadar sebagai sebuah profil peribadi. Tetapi sebagai sebuah wadah untuk mendokumentasikan pengalaman, menyebarkan ilmu dan berkongsi manfaat kepada masyarakat. Di sinilah tersimpan sebahagian daripada kisah perjalanan saya sebagai seorang penulis kreatif dan deskriptif. 

Saya percaya bahawa ilmu menjadi lebih bermakna apabila dikongsi. Pengalaman menjadi lebih berharga apabila dimanfaatkan. Dan pengetahuan menjadi lebih bernilai apabila dapat memberi manfaat kepada orang lain. Atas dasar itulah laman ini diwujudkan sebagai ruang terbuka untuk berkongsi idea, pandangan, hasil kerja, penerbitan, pencapaian serta pelbagai aktiviti yang saya ceburi sepanjang kerjaya dan kehidupan.

Setiap halaman yang terdapat di laman ini mewakili sebahagian daripada pengalaman yang telah dilalui. Ada yang lahir daripada dunia akademik dan profesional. Ada yang terhasil daripada penyelidikan dan inovasi. Dan tidak kurang juga yang datang daripada pemerhatian, renungan serta kecintaan terhadap bahasa, sastera dan kehidupan. Semua pengalaman ini telah membentuk cara saya melihat dunia dan memahami makna sebuah perjalanan.

Semoga setiap perkongsian yang terdapat di sini dapat memberikan inspirasi, mencetuskan pemikiran baharu, atau sekurang-kurangnya meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada para pengunjung. Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda. Selamat meneroka, membaca dan mengenali perjalanan yang dirakamkan dalam laman ini.

Semoga setiap perkongsian yang terdapat di sini dapat memberikan inspirasi, mencetuskan pemikiran baharu, atau sekurang-kurangnya meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada para pengunjung. Terima kasih sekali lagi atas kunjungan anda. Selamat meneroka, membaca dan mengenali perjalanan yang dirakamkan dalam laman ini.

Yang benar,
- Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub (Nimoiz T.Y)


Profil

NIK MOHD IZNAN TUAN YAAKUB atau nama penanya Nimoiz T.Y merupakan bekas peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2004 anjuran DBP.

Kini merupakan pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar.
Genre utama yang beliau ceburi ialah penulisan sajak, cerpen dan esei. 


Antara buku beliau yang telah diterbitkan ialah Jalan Baru (2006), Menjadi Penulis Jutawan (2007), Esprit de Corps (2008), Tukang Auta (2011), Republik Korupsi (2014), Sang Pelakon (2015), Jaguh Deklamasi (2015), Republik Eskapisme (2015), Nak Jadi Penulis Tak? (2015), Sang Editor & Puntianak Lelaki Terakhir (2016), Membilang Usia Songsang di Lantai Gua yang Panjang (2016), Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu (2019), Nota Ringkas Asas Penerbitan Buku (2021), Dari Lensa Kata (2023), Selesaikan Isu Sampah Secara Holistik dan Esei-esei Lain (2024) dan Masuk ke Dalam Hujan (2025).

Beliau juga pernah menyelanggara beberapa buah buku termasuklah Guri (2016) dan Ada Apa Pada Nama (2021). 


Nimoiz T.Y sering diundang sebagai pembimbing bengkel penulisan, penilai dan hakim sayembara.

"...Menulis tetap menulis..."
1
Buku Persendirian
1+
Karya Penulisan Dihasilkan
1+
Buku & Antologi Bersama
1
Anugerah Sastera
Bengkel

Penulisan Sajak


See More
Bengkel

Penulisan Cerpen


See More

pensyarah, Penulis, Penyair, Perunding, Pereka, Pengacara, Penyelidik, Pelabur, Penceramah, Pelukis


Biodata